Lelaki cipta alat selamatkan manusia terjatuh perigi - Utusan Malaysia

Lelaki cipta alat selamatkan manusia terjatuh perigi

ABDUL AZIZ JALKHAF bersama alat peranti dibangunkan yang boleh dikawal dari jauh. - ARABNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Peralatan penyelamat yang dibangunkan dan dipatenkan di Arab Saudi mampu mencegah tragedi menimpa Rayan yang terperangkap pada kedalaman 32 meter di sebuah perigi di Maghribi berulang. 

Bercakap kepada Arab News, Abdul Aziz Jalkhaf, 47, berharap peranti tersebut akan mengurangkan kesukaran yang dihadapi oleh pasukan penyelamat dan pertahanan awam di seluruh negara dalam membantu menyelamatkan individu dari perigi. 

Jelasnya, dia mengikuti dengan teliti percubaan menyelamatkan kanak-kanak berusia lima tahun tersebut, namun, perigi mempunyai topografi berbeza dan setiap percubaan menyelamat ada cabarannya sendiri. 

Katanya, idea untuk menghasilkan peranti penyelamat itu timbul selepas menyaksikan beberapa insiden tragis di sekitar negara teluk tersebut. 

“Sebelum ini, saya sudah menghasilkan beberapa rekaan dan model yang di fikirkan cukup untuk menyelamatkan nyawa manusia di dalam perigi. 

“Kemudian, saya memohon paten daripada pihak berkuasa dan saya berjaya mendapatkannya,” katanya.

Abdul Aziz berkata, peranti elektromekanikalnya boleh dikawal dengan mudah dari jauh melalui panel kawalan. 

Dalam percubaan latihan dua bulan lalu, dia berjaya mengeluarkan anak patung seberat 30 kilogram dari perigi sedalam 30 meter dalam tempoh sembilan minit sahaja. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN