Lelaki berdepan denda RM128,741 dan penjara 10 tahun selepas duduk atas terumbu karang - Utusan Malaysia

Lelaki berdepan denda RM128,741 dan penjara 10 tahun selepas duduk atas terumbu karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang pelancong Thailand yang merakam gambarnya duduk di atas terumbu karang boleh didenda sehingga satu juta baht (RM128,741) dan penjara 10 tahun.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Wisutr Rattanasathian memuat naik gambar tersebut dalam akaun Facebook kelmarin yang menunjukkan dia duduk atas terumbu karang yang dilindungi di Koh Khram Noi di wilayah Trat, timur Thailand.

Perkongsian gambar itu menyebabkan Jabatan Marin dan Terumbu Karang membuat laporan polis.

Jurucakap jabatan tersebut, Wutthipong Wongin memaklumkan, Wisutr bakal didakwa merosakkan spesies terancam dan jika didapati bersalah boleh didenda sehingga sejuta baht dan penjara 10 tahun.

Dalam pada itu, pelancong berusia 45 tahun sudah menyerah diri ke balai polis.

Wisutr memaklumkan dia tidak mempunyai niat untuk merosakkan terumbu karang tersebut dan memberitahu gambar itu dirakam pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya