Kos tunai haji bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan RM13,198

Kos tunai haji bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan RM13,198

YAQUT CHOLIL QUOMAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Agama Indonesia (Kemenag) mencadangkan kos pembiayaan perjalanan ibadah haji (BIPIH) bagi 2022 kepada setiap jemaah adalah sebanyak 45 juta rupiah (RM13,198).  

Lapor Kompas.com, Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas berkata, komponen itu meliputi tambang penerbangan, kos hidup di Arab Saudi, pembiayaan kemudahan di Mekah dan Madinah, visa, serta kos ujian PCR Covid-19 di Arab Saudi. 

Jelasnya, komponen itu dibuat dalam rangka menyeimbangkan beban jemaah dengan penyelenggaraan ibadah haji pada masa akan datang.

Katanya, keseimbangan tersebut bermaksud jemaah tidak terlalu dibebani dengan pembiayaan yang perlu dibayar kerana sudah dua tahun melunaskan kos tersebut. 

“Di sisi yang lain perlu menjaga prinsip istitha’ah dan pelaksanaan haji pada tahun berikutnya,” katanya. 

Menurut Yaqut, kerajaan mengutamakan prinsip rasional, harga yang saksama dan kualiti perkhidmatan dalam membiayai komponen BIPIH. 

Katanya, unit kos yang dicadangkan adalah mengikut piawaian kos input yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan Indonesia bagi komponen operasi domestik. 

Beliau turut menjelaskan bayaran di Arab Saudi merujuk kepada kos haji yang ditetapkan secara jelas oleh Kerajaan Arab Saudi. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya