Junta Myanmar guna agama raih sokongan rakyat - Utusan Malaysia

Junta Myanmar guna agama raih sokongan rakyat

SAMI Buddha melakukan demonstrasi membantah rampasan kuasa junta tentera di Naypyidaw pada Februari tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Hari ini genap setahun rampasan kuasa di Myanmar oleh junta tentera yang memahat sejarah dengan peristiwa berdarah.

Terbaharu, junta tentera dilaporkan menggunakan agama untuk memancing sokongan rakyat.

Lapor Al-Jazeera, pentadbiran Jeneral Min Aung Hlaing merancang untuk membina patung Buddha paling besar di dunia.

Langkah itu dilihat sebahagian daripada usaha junta tentera untuk menempa nama kononnya sebagai pelindung agama Buddha, namun ternyata usaha itu gagal.

Tahun lalu, junta tentera di bawah kepemimpinan Aung Hlaing membunuh 1,500 penduduk yang membantah rampasan kuasa di Myanmar.

Tindakan itu secara jelas melanggar prinsip utama ajaran agama Buddha iaitu tidak membunuh sesama manusia.

Seorang sami Buddha yang pernah mengetuai protes, Agga Wantha menyifatkan usaha junta adalah palsu semata-mata.

“Mereka tidak layak dipanggil sebagai penganut Buddha. Kami tidak membunuh manusia, apa yang mereka lakukan jelas bertentangan dengan ajaran agama.

“Mereka menggelar diri penganut Buddha hanya untuk meraih sokongan rakyat dan menguasai negara,” kata Wantha dari Mandalay.

Dilaporkan, Aung Hlaing menggunakan kaedah diguna pakai masa lalu, dalam usaha meraih sokongan rakyat negara itu yang majoritinya beragama Buddha.

Ia secara tidak langsung menunjukkan terdapat hubungan dengan sami berprofil tinggi dan pegawai berkaitan walaupun tindakan keganasan masih berterusan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya