Gautam Adani paling kaya di Asia - Utusan Malaysia

Gautam Adani paling kaya di Asia

GAUTAM ADANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pengerusi Kumpulan Adani, Gautam Adani mengetepikan rakan senegaranya, Mukesh Ambani untuk tampil sebagai individu terkaya di Asia.

MUKESH AMBANI

Menurut Bloomberg, ahli perniagaan berusia 59 tahun itu yang mempunyai pelbagai sektor perniagaan termasuk pelabuhan dan aero angkasa dianggarkan mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$88.5 bilion (RM371 bilion).

Seperti kebanyakan hartawan lain, Adani turut merekodkan peningkatan keuntungan sepanjang pandemik Covid-19 berlangsung.

Pada tahun lalu, nilai kekayaan Adani kurang dari AS$40 bilion (RM168 bilion).

Keuntungan itu secara tidak langsung menjadikan Adani sebagai individu ke-10 paling kaya di dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN