China pantau rapat situasi di Ukraine - Utusan Malaysia

China pantau rapat situasi di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China hari ini mengambil pendekatan memantau rapat keadaan di Ukraine dan menggesa semua pihak termasuk Rusia supaya ‘bertenang dan menghentikan tindakan yang boleh menjadikan situasi lebih buruk’.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, situasi antara Rusia dan Ukraine ketika ini amat tegang dan sebarang ‘tindakan yang salah’ boleh memburukkan keadaan.

“China memantau rapat situasi yang berlaku di Ukraine ketika ini.

“Kami menggesa semua pihak supaya berusaha mengelakkan insiden yang tidak terkawal dan memburukkan lagi keadaan,” katanya.

China merupakan antara sekutu rapat Rusia dan kedua-dua negara menjalin hubungan baik, terutamanya dalam persetujuan berkaitan senjata nuklear. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya