China laksana perintah berkurung di Baise - Utusan Malaysia

China laksana perintah berkurung di Baise

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China melaksanakan perintah berkurung di sebuah bandar berhampiran sempadan Vietnam, yang mempunyai hampir 3.5 juta penduduk, dalam usaha menangani lonjakan kes jangkitan Covid-19.

Sekatan itu dikenakan selepas lebih 70 kes Covid-19 dikesan di bandar tersebut sejak tiga hari lalu.

China yang merupakan satu-satunya ekonomi utama dunia yang masih melaksanakan dasar `sifar Covid-19′, kini dalam keadaan berjaga-jaga termasuk memerangi wabak berkenaan ketika menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Menurut pegawai di Baise di selatan wilayah Guangxi, penduduk tidak dibenarkan untuk meninggalkan bandar tersebut.

Malah, katanya, penduduk di beberapa daerah diarahkan untuk kekal berada di rumah masing-masing.

“Kawalan lalu lintas dilaksanakan di seluruh bandar.

“Pada dasarnya, kenderaan dan orang ramai tidak boleh memasuki atau meninggalkan bandar, kawalan keselamatan dikuatkuasakan dengan ketat dan tiada pergerakan penduduk melainkan terdapat kecemasan,” kata Timbalan Datuk Bandar Gu Junyan dalam taklimat.

Menurut Gu, penduduk di beberapa kawasan kejiranan di bandar dan daerah luar bandar di bawah pentadbiran Baise diperintahkan berada di dalam rumah, manakala yang lain tidak dibenarkan meninggalkan daerah.

Baise yang terletak kira-kira 100 kilometer (km) dari sempadan Vietnam melaporkan kes penularan tempatan pertama pada Jumaat lalu.

Berdasarkan pegawai, kes itu melibatkan seorang penduduk yang pulang ke kampung untuk bercuti sempena Tahun Baharu Cina.

Tambahnya, ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran giat dijalankan di bandar tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN