Air mata kegembiraan iringi pertemuan keluarga di Australia

Air mata kegembiraan iringi pertemuan keluarga di Australia

CHARLOTTE mengesat air mata ketika bertemu semula dengan datuknya, Bernie Edmonds selepas menghabiskan masa selama dua tahun di Albuquerque, New Mexico. - AAPIMAGE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Penerbangan antarabangsa pertama dilaporkan tiba di Australia ketika sempadan negara itu dibuka semula selepas hampir dua tahun ditutup akibat pandemik Covid-19.

Lapor Daily Mail, para penumpang disambut oleh orang ramai ketika mereka keluar dari di pintu ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

Penumpang berkenaan membabitkan pelancong asing dan ahli keluarga yang terkandas di luar negara serta tidak dapat bertemu dengan orang tersayang mereka di Australia selama 704 hari.

Anggota Surf Rescue menyampaikan beberapa cenderamata termasuk patung maskot kangaru kepada para penumpang manakala DJ Sasha Moon memainkan lagu remix klasik Australia bagi menyerikan suasana.

Seorang kanak-kanak dikenali sebagai Charlotte mengesat air mata ketika bertemu semula dengan datuknya, Bernie Edmonds selepas berpisah selama dua tahun dengan tinggal bersama keluarganya di Albuquerque, New Mexico.

“Akhirnya saya dapat melepaskan rindu tidak tertanggung selama ini. Saya berasa lega dapat bertemu semula dengan cucu saya.

“Sudah tentu ia amat sukar, kami menggunakan aplikasi Facetiming namun itu lah sedekat yang kami dapat,”  kata Edmonds.

Seorang penumpang yang berasal dari Melbourne, Tom, 21, berkata, dia berasa teruja dapat pulang semula ke Australia selepas terpaksa menghabiskan masa dua tahun di Los Angeles.

“Saya tidak dapat pulang ke rumah sejak 2020, sudah lama tidak mendengar loghat kami.

“Saya bercadang untuk melanjutkan pendidikan universiti di sini,” katanya. 

Ribuan pengunjung akan tiba di Australia sekaligus menandakan kali pertama pelancong dialu-alukan sejak kerajaan Persekutuan menutup sempadan negara pada 20 Mac 2020.

Kira-kira 56 penerbangan dari United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Kanada akan mendarat di Australia. – AGENSI   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN