Wanita maut dirempuh kereta api ketika berswafoto di landasan - Utusan Malaysia

Wanita maut dirempuh kereta api ketika berswafoto di landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TENGAH: Seorang wanita dari Cilacap dilaporkan meninggal dunia selepas dirempuh kereta api, semalam.

Lapor Kompas.com, mangsa, Serli, 26, ditemukan maut di Kawunganten-Gandrungmangu ketika sedang berswafoto dengan anaknya di tepi landasan tersebut.

Pegawai Perhubungan Awam PT KAI Daop 5, Ayep Hanapi berkata, ketika kejadian kereta api tersebut dalam perjalanan dari timur ke barat menuju ke Purwokerto-Pasar Senen.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, sementara, anak lelakinya dikejarkan ke hospital akibat kecederaan.

“Pemandu kereta api sudah memberikan isyarat semboyan 35, namun mangsa tidak mengendahkannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN