RIYADH: Seorang wanita berusia 34 tahun di Arab Saudi melahirkan bayi kembar lima.
Lapor Saudi Gazette, wanita itu melahirkan kesemua anaknya secara normal di Hospital Tentera Raja Salman di Tabuk, wilayah utara Arab Saudi.
Kelima-lima bayi wanita itu mempunyai berat antara 950 gram dan 1.1 kilogram.
Kisah wanita itu mendapat perhatian pelbagai pihak dengan masyarakat mengucapkan tahniah kepadanya, selain menghargai jasa pasukan perubatan yang membantu proses kelahiran kembar lima tersebut.
Hospital Tentera Raja Salman merupakan antara hospital terbesar di Arab Saudi dan ditubuhkan pada Ogos 1980.










