Treler tergantung tiga hari di atas tebing setinggi 100 meter - Utusan Malaysia

Treler tergantung tiga hari di atas tebing setinggi 100 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Video dramatik yang diambil pada 1 Januari lalu oleh pemandu pelancong tempatan, dikenali sebagai Wu menunjukkan sebuah treler tersangkut dan tergantung di tebing sebuah jalan raya berbahaya di sepanjang pinggir gunung di utara China.

Kepala treler itu dilihat terbabas dari jalan dan berjuntai di atas gaung setinggi kira-kira 100 meter.

Nasib baik pemandunya berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu.

Wu yang mengekori di belakang treler itu ketika kejadian memberitahu media tempatan bahawa pemandu itu mengambil jalan pintas berdasarkan panduan navigasi satelit.

“Laluan ini tidak membenarkan kenderaan berat yang panjang melebihi 6.8 meter melaluinya.

“Lagi pula salji turun beberapa hari lalu dan treler itu tergelincir keluar dari jalan ketika dia mengambil selekoh dan tersangkut, menghalang lalu lintas sepenuhnya.” katanya.

Akibatnya, ia mengambil masa tiga hari untuk mengeluarkan treler tersebut disebabkan laluan yang sempit dan tebing yang curam menyukarkan perkhidmatan trak tunda untuk mengeluarkan treler tersebut. – DailyStar

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.