Thailand teruskan pelancongan bebas kuarantin - Utusan Malaysia

Thailand teruskan pelancongan bebas kuarantin

SEKUMPULAN penari tradisional memakai alat perlindungan muka sebagai langkah pencegahan Covid-19 ketika membuat persembahan di Bangkok, Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand bakal menyambung semula program visa tanpa kuarantin untuk pengembara yang lengkap divaksin selepas peraturan itu digantung bagi membolehkan negara ini mengekang penularan Covid-19.

Pelancong antarabangsa kini boleh mula memohon visa di bawah program kemasukan Test & Go Thailand bermula 1 Februari ini, menurut jurucakap kerajaan Thailand, Rachada Dhnadirek menerusi Twitter.

Kemasukan tanpa kuarantin akan diperluaskan kepada pemohon dari semua warganegara dan mereka perlu melakukan dua ujian Covid-19 iaitu pada waktu ketibaan dan hari kelima selepas masuk ke negara ini.

Keputusan melonggarkan sekatan itu dibuat ketika kerajaan Thailand mengambil pendekatan menganggap Covid-19 sebagai endemik, selain mahu memulihkan sektor pelancongan yang menyumbang kepada ekonomi negara ini.

Thailand menyaksikan lonjakan kes Covid-19 selepas sambutan Krismas dan Tahu Baharu dan lebih tinggi berbanding gelombang varian Delta sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya