Taliban pamer kekuatan selepas protes tercetus di Maymana - Utusan Malaysia

Taliban pamer kekuatan selepas protes tercetus di Maymana

PEJUANG Taliban mempamerkan kekuatan aset ketenteraan di Maymana, semalam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Pejuang Taliban berarak melalui bandar barat laut Afghanistan bagi menunjukkan kekuatan aset dimiliki mereka.

Lapor AFP, perarakan pada Ahad semalam menampilkan pejuang Taliban bertopeng dengan berpakaian padanan tunik shalwar kameez putih, jaket tempur dan mafla mempunyai kalimah keimanan.

Perarakan itu dilakukan beberapa hari selepas bantuan dihantar bagi meredakan kekacauan berhubung penahanan seorang komander terkenal.

Minggu lalu, protes meletus di Maymana iaitu ibu kota wilayah Faryab, selepas seorang komander Taliban Uzbekistan ditahan kerana didakwa mempunyai perkaitan dengan komplot penculikan.

Pergolakan itu mencetuskan kebimbangan akan ketegangan antara orang awam Uzbekistan dan Pashtun serta pejuang Taliban.

Laporan yang belum disahkan mendakwa anggota kedua-dua kumpulan etnik itu terbunuh dalam pertempuran terpencil.

Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan Afghanistan, Latifullah Hakimi berkata, pihaknya sudah mengerahkan ratusan tentera dari wilayah jiran dan keadaan kembali terkawal.

Seorang penjaga kedai, Rohullah, 20, berkata, situasi selama dua hari amat buruk akibat demonstrasi.

Namun, katanya, keadaan sudah kembali normal.

“Masalah sekarang hanyalah orang ramai tidak mempunyai pekerjaan, tetapi mereka amat gembira dengan kawalan keselamatan sekarang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN