fbpx

Selepas 32 tahun dipenjara, banduan akhirnya dapat tarikh hukuman mati

CARL WAYNE BUNTION

TEXAS: Banduan paling lama yang pernah dipenjarakan di Amerika Syarikat (AS) iaitu selama 32 tahun akhirnya mendapat tarikh untuk menjalani hukuman mati pada 21 April depan. 

Lapor Daily Star, Hakim Mahkamah Houston memerintahkan tahanan bernama Carl Wayne Buntion, 77, menjalani hukuman tersebut tahun ini. 

Tiga dekad lalu, Buntion menembak dan membunuh dengan kejam seorang pegawai polis di Houston, James Irby, 37, pada Jun 1990. 

Buntion menembak anggota polis itu di bahagian kepala dan belakang badan selepas keluar dari keretanya di sebuah jalan raya. 

Peguam Daerah Harris County, Kim Ogg berkata, sudah tiba masanya dia perlu bertanggungjawab terhadap jenayah tidak berperikemanusiaan itu. 

Di Texas, kaedah pelaksanaan hukuman mati yang menjadi pilihan adalah suntikan maut dan Buntion difahamkan akan menjalani hukuman tersebut. 

Berita tersebut disambut gembira oleh ahli keluarga James Irby termasuk isterinya, Maura Irby. 

“Alangkah bagus kalau James berada di sini dan menyaksikan pelaksanaan hukuman itu.

“Ini adalah berita baik dan penutup episod pembunuhan suami saya,” katanya. 

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!