Rombongan Perdana Menteri India terkandas 20 minit - Utusan Malaysia

Rombongan Perdana Menteri India terkandas 20 minit

KUMPULAN Perlindungan Khas (SPG) memeriksa keadaan di sekeliling bagi memberikan laluan kepada kenderaan yang membawa Perdana Menteri India, Narendra Modi.-INDIATODAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Rombongan yang membawa Perdana Menteri India, Narendra Modi terkandas selama 20 minit di atas jejambat akibat halangan oleh peserta protes dari golongan petani di Ferozepur.

Lapor India Today, rakaman video menunjukkan Kumpulan Perlindungan Khas (SPG) memeriksa keadaan di sekeliling laluan itu bagi memberikan laluan kepada kenderaan yang membawa Modi.

Video berdurasi selama seminit menunjukkan pengawal keselamatan khas itu berdiri di luar kereta Modi.

Anggota polis Punjab turut dilihat memantau situasi tersebut.

Peserta protes dilihat memegang bendera dan menghalang kenderaan yang membawa perdana menteri itu.

Modi juga dilihat memakai pelitup muka di dalam kereta berwarna hitam.

Rabu lalu, Modi dijadualkan menghadiri National Martyrs Memorial di Hussainiwala dengan helikopter.

Namun, disebabkan hujan lebat, beliau memutuskan menggunakan jalan raya yang mengambil masa selama dua jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.