Ribut salji badai timur AS, puluhan juta penduduk terjejas - Utusan Malaysia

Ribut salji badai timur AS, puluhan juta penduduk terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jutaan penduduk Amerika Syarikat (AS) terjejas ketika ribut salji melanda timur negara ini, menyaksikan bekalan elektrik terputus menyebabkan 235,000 orang bergelap di kediaman masing-masing.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) memaklumkan, ribut salji itu membawa salji tebal, angin kencang dan hujan lebat sebelum bergerak ke New England dan selatan Kanada.

Keadaan trafik turut terjejas dengan ribuan penerbangan dibatalkan dan kesesakan lalu lintas di beberapa lebuh raya utama.

“Cuaca sejuk sudah pun melanda tengah AS dan keadaan yang dialami timur negara ini dijangka menjejaskan pelbagai sektor serta penduduk.

“Ribut salji yang melanda menyebabkan salji tebal sehingga 30 sentimeter,” jelas NWS dalam kenyataan.

Selain itu, ribut salji itu juga mencetuskan tornado di Florida dan banjir di beberapa bahagian, manakala keadaan angin kencang yang sejuk melanda Carolina.

Secara keseluruhannya, lebih 80 juta penduduk boleh terjejas akibat ribut salji tersebut.

Kira-kira 2,900 penerbangan domestik dan luar AS dibatalkan sehingga tengah hari semalam dan 2,400 lagi ditunda penerbangan.

Gabenor Georgia, Brian Kemp mengisytiharkan darurat kelmarin, diikuti Virginia dan North Carolina. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya