Polis Indonesia tahan kapal bawa PATI ke Malaysia - Utusan Malaysia

Polis Indonesia tahan kapal bawa PATI ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Sebuah kapal yang membawa puluhan pendatang tanpa izin warga Indonesia untuk diseludup masuk ke Malaysia ditahan polis di kawasan perairan Asahan di Medan semalam.

Ketua Polis Asahan, Putu Yudha Prawira berkata, penahanan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh mengenai sebuah kapal yang dalam perjalanan ke Malaysia dengan membawa puluhan pekerja asing.

Polis dengan bantuan tentera laut Indonesia mengadakan operasi dan kira-kira pukul 12.05 pagi waktu tempatan, pihak berkuasa menemukan kapal tersebut yang berlayar tanpa dokumen lengkap.

“Terdapat 52 penumpang dalam kapal itu yang terdiri dari 34 lelaki dewasa dan 18 wanita termasuk kanak-kanak perempuan berusia 22 bulan serta seorang tekong.

“Selepas ditahan, kapal tersebut dibawa ke bagan Asahan untuk menjalani pemeriksaan lanjut,” katanya.

Selain itu, pasukan keselamatan turut mengumpul data identiti semua penumpang untuk siasatan.

Jelas Putu, kawasan perairan Asahan sering dijadikan laluan penyeludupan buruh Indonesia ke Malaysia secara haram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya