Polis Britain tidak boleh pandu kereta laju ketika kejar penjenayah - Utusan Malaysia

Polis Britain tidak boleh pandu kereta laju ketika kejar penjenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Polis Britain diarahkan untuk tidak memandu terlalu laju ketika mengejar penjenayah dan membalas panggilan kecemasan berikutan dikhuatiri enjin kenderaan BMW dipandu mereka boleh meletup.  

Lapor Daily Mail, panduan itu dikeluarkan terhadap 999 buah kereta BMW yang mempunyai enjin N57 yang dipasang bawah bonet kenderaan tersebut.

Ketua polis mengarahkan pasukan anggota bersenjata dan trafik mengelak daripada memandu melebihi 32.18 kilometer sejam (km/j), melangkaui had laju walaupun ketika mengejar penjenayah.  

Dilaporkan, polis hanya boleh memandu pada kelajuan maksimum 144.8km/j sekiranya terdapat insiden kejar mengejar penjenayah di lebuh raya. 

Majlis Ketua Polis Negara yang mengetuai cara pemanduan polis, Timbalan Ketua Konstabel Terry Woods mengakui pihaknya sedar mengenai masalah itu yang membabitkan beberapa kenderaan lama.

“Kami mengambil tindakan segera termasuk menawarkan panduan kepada pasukan polis untuk memastikan perkara ini ditangani.

“Majlis bekerjasama dengan Persatuan Pengurus Armada Polis untuk meneliti sebarang risiko dan keutamaan kami pada ketika ini adalah untuk memastikan peralatan digunakan selamat,” katanya.  

Arahan itu dikeluarkan selepas insiden seorang anggota polis, Nick Dumphreys meninggal dunia akibat kereta BMW dipandunya terbakar pada tahun 2020 di Cumbria selepas menerima panggilan kecemasan ke lokasi jenayah.

Sementara itu, syarikat BMW memaklumkan masalah itu hanya membabitkan kenderaan polis khas disebabkan cara pemanduan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya