Polis berpaut pada kereta sejauh satu kilometer elak dirampas pengutip hutang - Utusan Malaysia

Polis berpaut pada kereta sejauh satu kilometer elak dirampas pengutip hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENEPONTO: Seorang anggota polis cedera parah apabila berpaut dan terseret pada sebuah kereta sejauh satu kilometer sebelum terjatuh dan digilis kenderaan itu.

Lapor Kompas.com, kejadian itu berlaku di Jeneponto, Sulawesi Selatan dan aksinya dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Insiden itu menyaksikan anggota polis tersebut yang dikenali sebagai Uji Mugni cuba menghalang sebuah kereta dirampas pengutip hutang di sebuah persimpangan di Jalan Sultan Hasanuddin.

Berdasarkan rakaman CCTV, anggota polis itu berpaut pada bahagian depan kereta berwarna merah tersebut sebelum kenderaan itu dipandu laju.

Orang ramai yang berada di situ cuba membantu, namun gagal dan anggota polis itu diseret sambil berpaut pada kereta itu sejauh satu kilometer.

Lebih malang, Uji terjatuh ketika kereta itu bergerak dan badannya digilis, menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.

Anggota polis itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dan pemandu kereta merah tersebut juga sudah ditahan.

Sementara itu, polis akan menyiasat insiden tersebut bagi mengenal pasti motif pengutip hutang berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya