fbpx

22 Januari 2022, 5:28 pm

  TERKINI

Pesakit Benjamin Button, Adalia meninggal dunia pada usia 15 tahun

ADALIA ROSE WILLIAMS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Seorang selebriti YouTube Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia 12 Januari lalu, selepas menghidap penyakit Benjamin Button yang menyebabkan seseorang mengalami penuaan dengan lebih cepat. 

Lapor Daily Star, kisah Adalia Rose Williams, 15, yang berasal dari Texas pernah menginspirasikan 170 juta penonton YouTube menerusi video dirinya yang mengalami sindrom Progeria pada 2018.  

Progeria adalah keadaan yang sangat jarang berlaku yang menyebabkan penghidap mengalami kebotakan, kulit semakin berkedut dan tubuh berukuran lebih kecil daripada umur sebenar. 

Keadaan itu bermakna tubuh badan Adalia menjadi jauh lebih tua daripada rakan sebayanya yang berumur 15 tahun. 

Pemergiannya menyentuh jutaan hati individu yang mengenalinya serta meninggalkan kesan besar kepada setiap individu yang mengenalinya. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyayangi dan menyokongnya. 

“Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang bekerja selama bertahun-tahun untuk memastikan anak saya sihat. Ini adalah kehilangan besar buat kami sekeluarga,” kata ibunya, Ryan Natalie Pallante. 

Adalia menderita proses penuaan yang jarang berlaku sejak dilahirkan.

Situasi itu bukan sahaja menyebabkan dia kelihatan lebih berusia daripada usia sebenar, tetapi mendatangkan masalah kepada tumbesaran, suara dan sendinya. 

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN