Pertempuran antara SDF dan Daesh di penjara Syria belum reda - Utusan Malaysia

Pertempuran antara SDF dan Daesh di penjara Syria belum reda

mahkamah tinggi kuala lumpur
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HASAKEH: Pertempuran Tentera Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat (AS) dengan kumpulan Daesh yang menyerang penjara di timur laut Syria lima hari lalu, menyebabkan angka kematian meningkat 136 orang. 

Lapor AFP, Daesh melancarkan serangan di bandar Hasakeh itu bagi membebaskan rakan mereka yang dipenjara sejak kumpulan pengganas itu mengisytiharkan kejatuhan ‘khalifah Daesh’ di Syria hampir tiga tahun lalu.  

Walaupun pertempuran tersebut semakin reda sejak Ahad lalu, nasib ratusan kanak-kanak di dalam Penjara Ghwayran masih menjadi kebimbangan besar kerana kumpulan Daesh masih berada di situ.  

“Sekurang-kurangnya 84 anggota Daesh dan 45 pejuang Kurdish termasuk pasukan keselamatan dalaman, pengawal penjara dan pasukan antikeganasan terbunuh,” kata Observatory

Serangan tersebut turut menyebabkan tujuh orang awam terkorban di bandar yang dikawal oleh pentadbiran Kurdish yang separa autonomi. 

SDF turut dibantu dengan serangan udara dari AS ketika berdepan dengan pertempuran tersebut. 

Ahad lalu, SDF mendakwa sudah menutup kawasan sekitar penjara sehingga menyebabkan anggota Daesh tidak dapat melarikan diri. 

Namun, timbul kebimbangan selepas ada laporan mendakwa anggota Daesh yang terperangkap dalam penjara itu menggunakan banduan kanak-kanak sebagai ‘perisai manusia’ bagi menyekat kemaraan pasukan keselamatan.

Susulan itu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa 850 kanak-kanak bawah umur yang ditahan di Penjara Ghwayran mendapat perlindungan sewajarnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN