JAKARTA: Video menunjukkan pasangan pengantin menerima penghantaran bungkusan ketika bersanding menjadi tular dalam media sosial.
Video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok itu menunjukkan seorang lelaki yang merupakan penghantar barang tiba di majlis perkahwinan itu sambil memegang sebuah bungkusan berwarna hitam.
Kemudian, penghantar barang itu naik ke pelamin dan menyerahkan bungkusan tersebut kepada pengantin perempuan.
Pasangan pengantin itu turut menyerahkan duit susulan barang yang dipesan menggunakan kaedah penghantaran tunai (COD).
Penghantar barang itu juga dilihat bersalaman dengan pengantin sebelum berlalu pergi.
Menurut sumber, barangan tersebut dibeli oleh pengantin perempuan beberapa hari sebelum majlis persandingannya dan dia tidak menyangka akan menerima bungkusan berkenaan tepat pada majlisnya.