Pelajar di Jerman maut ditembak dalam dewan kuliah - Utusan Malaysia

Pelajar di Jerman maut ditembak dalam dewan kuliah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFURT: Seorang pelajar maut dan tiga yang lain cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dalam dewan kuliah di University Heidelberg di barat daya Jerman.

Lapor AFP, penyerang kemudian membunuh dirinya sendiri.

Ketua Polis Mannheim, Siegfried Kollmar dalam kenyataan memaklumkan seorang penyerang yang bertindak bersendirian mencederakan beberapa pelajar dalam dewan kuliah dengan pistol panjang.

“Penyerang merupakan pelajar jurusan biologi berusia 18 tahun dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Lelaki itu menghantar kiriman mesej WhatsApp berbunyi ‘semua orang perlu dihukum sekarang’ sebelum melepaskan tembakan.

“Pelaku juga berharap akan ditanam di laut,” katanya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Baden, Wuerttemberg Thomas Strobl dalam sidang akhbar memberitahu seorang wanita yang mengalami kecederaan selepas ditembak dilaporkan mati beberapa jam selepas itu.

Universiti Heidelberg diasaskan pada 1386 adalah universiti tertua di Jerman dan antara terkemuka di Eropah.

Heidelbergi terletak di selatan Frankfurt dan mempunyai 160,000 penduduk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya