Nia Ramadhani, suami dan pemandu dipenjara setahun - Utusan Malaysia

Nia Ramadhani, suami dan pemandu dipenjara setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Aktres Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie dikenakan hukuman penjara selama setahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Muhammad Damis dalam perbicaraan yang berlangsung di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat semalam.

“Selepas semua penilaian dilakukan, Nia Ramadhani, Ardi Bakrie dan Zen Vivanto didapati bersalah kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Ketiga-tiga mereka akan dihukum penjara selama setahun,” kata Muhammad Damis.

Terdahulu, Nia bersama suami dan pemandunya dikehendaki menjalani pemulihan dadah selama 12 bulan sebelum dimasukkan ke Fan Campus, Cisarua di Jawa Barat.

Semasa perbicaraan berlangsung, Nia turut meminta hakim mengurangkan hukumannya.

Pada pertengahan tahun lalu, Nia ditahan polis bersama suami dan pemandunya di kediamannya selepas mereka didakwa terlibat penyalahgunaan dadah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN