Lima maut serangan bom tepi jalan di Kenya - Utusan Malaysia

Lima maut serangan bom tepi jalan di Kenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Lima orang terbunuh apabila sebuah bas mini di timur laut Kenya musnah terkena bom diletupkan di tepi jalan semasa serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata berhampiran sempadan Somalia.

Menurut polis, kumpulan lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah bas tersebut selepas ia melanggar bahan letupan kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Mandera di sempadan Kenya-Somalia.

“Pasukan peronda Unit Perkhidmatan Awam yang berada berhampiran lokasi kejadian bertindak menyerang kumpulan itu yang melarikan diri ke arah sempadan Somalia,” jelas laporan polis.

Tambah laporan itu, kumpulan berkenaan menggunakan pistol dan bom tangan roket ketika serangan tersebut.

Beberapa penumpang turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya