Lima Filem Global Terlaris 2021 - Utusan Malaysia

Lima Filem Global Terlaris 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANJANG pandemik Covid-19 melanda dunia, banyak filem Hollywood gagal mencatatkan keuntungan dalam senarai filem pecah panggung. 

Bahkan, banyak pawagam terpaksa ditutup dan sekalipun dibuka, banyak peraturan dan sekatan yang perlu dilaksanakan kerana bimbang penyebaran virus tersebut dalam kalangan penonton.  

Namun, siapa sangka dalam tempoh dua tahun terakhir sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, filem Spider-Man No Way Home berjaya menjadi filem pertama yang pecah panggung dengan kutipan AS$1 bilion (RM4.4 bilion).  

Dalam tempoh dua tahun lalu, kebanyakan filem yang berjaya memasuki senarai pecah panggung dikuasai oleh industri perfileman China. 

Pawagam di China diketahui sudah memulakan operasi kembali sejak 2020 selepas melaksanakan perintah sekatan dan kuarantin semasa permulaan pandemik. 

Berdasarkan data Box Office Mojo, berikut disenaraikan lima filem dengan pendapatan global tertinggi sepanjang 2021. 

  1. Spider-Man: No Way Home

Filem arahan Jon Watts berjaya mengutip keuntungan global melebihi AS$1.05 bilion (RM4.2 bilion) selepas 12 hari ditayangkan. 

Filem itu disiarkan sejak 15 Disember lalu di Asia Pasifik, Asia Barat, Eropah dan Amerika Utara. 

  1. The Battle at Lake Changjin 

Filem patriotisme ini mengisahkan tentang tentera China bertempur dengan tentera Amerika Syarikat semasa Perang Korea. 

Filem yang dihasilkan dengan anggaran perbelanjaan AS$200 juta (RM400 juta) ini menjadi filem termahal yang dibuat di China sehingga saat ini. 

Sejak ditayangkan September 2021, filem ini berjaya menjana keuntungan global AS$902 juta (RM3.6 bilion).  

  1. Hi, Mom

Filem komedi China ini mengisahkan Jia Xiaoling yang berjaya kembali ke tahun 1981 bagi membetulkan kesilapan dalam kehidupannya sebelum ini.  

Wanita itu merasakan tidak pernah menjadi anak yang baik dan peluang yang diterima itu dilakukan sehabis baik bagi membalas jasa ibunya. 

Filem ini mencatatkan keuntungan AS$822 juta (RM3.2 bilion) sejak ditayangkan Februari tahun lalu. 

  1. No Time to Die

Mengisahkan tentang James Bond lakonan Daniel Craig yang menjalani kehidupan seperti manusia biasa selepas membuat keputusan bersara dari MI6.  

Filem James Bond ke-25 itu merupakan lakonan terakhir Craig kerana pelakon itu dikatakan sudah tua dan tidak sesuai menggalas watak perisik lagi.  

Sejak ditayangkan Oktober 2021, filem ini memperoleh keuntungan sebanyak AS$774 juta (RM3.10 bilion) 

  1. F9: The Fast Saga 

Filem Fast & Furious 9 mengisahkan kemunculan semula geng lumba kereta Dominic Toretto yang dikenali sebagai figura dalam dunia lumba kereta. 

Bukan sahaja tentang aksi perlumbaan yang mencabar adrenalin penonton, filem ini juga mendedahkan sisi gelap kehidupan Toretto di masa lalu dan perbalahan dengan salah seorang anggota keluarga yang tidak diketahui ramai. 

Filem ini mencatatkan keuntungan global sebanyak AS$726 juta (RM2.9 bilion) sejak ditayangkan Jun 2021. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya