Lelaki iklankan diri pada 'billboard' untuk cari jodoh - Utusan Malaysia

Lelaki iklankan diri pada ‘billboard’ untuk cari jodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Seorang lelaki bujang mengambil pendekatan tersendiri untuk mencari cinta sejati apabila meletakkan gambar wajahnya pada papan iklan ‘billboard’ di seluruh Birmingham dengan harapan dapat menemukan calon isteri idaman.

Usahawan, Muhammad Malik, 29, turut mencipta satu laman web yang dinamakan ‘findmalikwife.com’ bagi tujuan tersebut.

Pada papan iklan tersebut, Muhammad meletakan slogan ‘selamatkan saya daripada perkahwinan yang dirancang’.

Lelaki itu berharap pendekatan yang diambilnya membuahkan hasil.

“Saya cuma belum bertemu dengan wanita idaman dan perkara itu agak sukar.

“Sehubungan itu, saya membuat keputusan untuk meletakkan wajah saya pada papan iklan billboard agar semua orang boleh nampak saya,” katanya.

Muhammad berasal dari London, namun menyifatkan Birmingham sebagai rumah keduanya kerana mempunyai pelbagai kemudahan termasuk masjid yang baik.

Antara ciri-ciri wanita idaman Muhammad adalah gadis beragama Islam berusia 20-an.

“Saya tidak kisah etnik wanita itu, asalkan dia beragama Islam.

“Saya sanggup mengambil pendekatan ini kerana saya serius mencari calon isteri, selain kaedah lain tidak mendatangkan hasil,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhammad tidak menolak perkahwinan yang diaturkan keluarga, namun lebih selesa sekiranya dapat mencari sendiri cinta hatinya.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya