Lebih 80 ekor burung unta 'penuhi' jalan raya di China - Utusan Malaysia

Lebih 80 ekor burung unta ‘penuhi’ jalan raya di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Satu video memaparkan lebih 80 ekor burung unta lari berkeliaran memenuhi sebuah jalan raya di China, menjadi tular di laman media sosial.

Lapor portal UPI, kejadian itu berlaku di bandar Chongzuo, wilayah autonomi Guangxi Zhuang, selatan China.

Pengguna jalan raya mengambil kesempatan merakam aksi burung unta yang terlepas dari sebuah ladang di bandar itu.

Video yang dirakam pada awal pagi Sabtu lalu itu menunjukkan puluhan ekor burung unta sedang berlari melalui jalanan di sekitar bandar tersebut.

Menurut polis, haiwan itu terlepas setelah pintu pagar kandang didapati tidak berkunci.

Katanya, semua burung unta itu berjaya ditangkap dan dibawa kembali ke ladang tersebut.

Tambahnya, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya