Lebih 5,000 kes jangkitan baharu Covid-19 dikesan di Arab Saudi - Utusan Malaysia

Lebih 5,000 kes jangkitan baharu Covid-19 dikesan di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 di Arab Saudi kekal melebihi 5,000 kes, semalam.

Lapor Saudi Gazette, sebanyak 5,505 kes jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi menerusi kenyataan memaklumkan dua kematian akibat komplikasi berkaitan koronavirus turut dilaporkan dalam tempoh sama.

Jumlah kes jangkitan di Arab Saudi secara keseluruhan adalah sebanyak 620,935 dan kematian berkaitan virus itu kepada 8,908 kes.

Menurut kementerian, seramai 4,349 pesakit sudah pulih dalam tempoh sama, sekali gus jumlah pesakit yang sembuh kini adalah 569,296.

Antara kes aktif COVID-19 yang dikesan, 388 individu berada dalam keadaan tenat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN