Korea Utara didakwa lancar satu lagi peluru berpandu - Utusan Malaysia

Korea Utara didakwa lancar satu lagi peluru berpandu

KOREA Utara melancarkan peluru berpandu hipersonik di lokasi yang tidak didedahkan, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara didakwa melancarkan satu lagi peluru berpandu yang tidak dapat dipastikan, sekali gus yang ketiga dilancarkan dalam tempoh seminggu.

Perkara itu dimaklumkan oleh ketenteraan Korea Selatan dalam satu kenyataan tanpa menyatakan maklumat lanjut.

Pasukan pengawal pantai Jepun turut memaklumkan pihaknya mengesan ‘satu pelancaran’ dari Korea Utara yang berkemungkinan besar adalah peluru berpandu balistik.

Sehubungan itu, pihak berkuasa Jepun akan menganalisis kemungkinan lokasi peluru berpandu itu jatuh.

Di sebalik kebimbangan dan gesaan antarabangsa supaya Korea Utara menghentikan program senjata nuklearnya, negara itu dilihat enggan mengendahkannya.

Pyonyang sebelum ini memaklumkan dua peluru berpandu hipersonik dilancarkan baru-baru ini iaitu pada 5 dan 11 Januari lepas.

Selepas dua pelancaran itu, Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Joe Biden mengenakan sekatan terhadap lima rakyat Korea Utara yang dikaitkan dengan program senjata balistik.

Sekatan itu mendapat kritikan daripada pihak berkuasa Korea Utara yang menyifatkannya sebagai ‘langkah sengaja AS untuk memburukkan keadaan’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya