Jumlah kes baharu Covid-19 di Arab Saudi melepasi 3,000 - Utusan Malaysia

Jumlah kes baharu Covid-19 di Arab Saudi melepasi 3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi melaporkan jumlah kes harian wabak itu melepasi angka 3,000 buat hari kedua berturut-turut, dengan 3,168 kes jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Lapor Saudi Gazette, sebanyak dua kes kematian turut dilaporkan akibat komplikasi berkaitan virus tersebut dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kes jangkitan keseluruhan di Arab Saudi adalah sebanyak 568, 168 kes dan kes kematian sudah mencecah 8,888 kes.

Dalam tempoh 24 jam lalu, seramai 608 pesakit sudah pulih sekali gus menjadikan jumlah pesakit sembuh adalah 544, 161.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN