Jong-un elak makan keju rahsia jadi kurus - Utusan Malaysia

Jong-un elak makan keju rahsia jadi kurus

KIM JONG-UN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berjaya menurunkan berat badan kira-kira 19 kilogram (kg) dengan mengelak pengambilan makanan keju Swiss, udang galah dan minuman beralkohol.

Lapor Daily Star, seorang sumber mendakwa Jong-un sebelum ini mampu minum sehingga 10 botol minuman alkohol setiap hari.

Namun, beliau kini sudah mengubah tabiat pemakanannya dan kelihatan lebih langsing.

Sebelum ini, Jong-un dilaporkan mengalami masalah obesiti teruk selepas berat badan beliau mencecah 139.7kg dengan kiraan Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 49 pada 2012.

Pada suatu ketika, pemimpin itu dikatakan mengalami gangguan dengan memiliki dorongan nafsu kuat untuk makan.

Malah, perisik Korea Selatan mendakwa berat badan Jong-un bertambah lebih 6.35kg setiap tahun selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada bapanya, Kim Jong-il pada 2011.

Agensi perisikan Korea Selatan mendakwa pemimpin itu memiliki berat badan sekitar 139.7kg pada 2020 dengan kiraan BMI melebihi daripada sepatutnya pada ketinggian 167.64 sentimeter (cm).

Pemimpin muda itu didakwa banyak mengambil keju Swiss dan udang galah serta minuman alkohol sehingga 10 botol setiap malam.

Pakar memberi amaran Jong Un boleh mengalami serangan jantung disebabkan masalah obesiti teruk yang dikaitkan dengan peningkatan empat kali ganda kegagalan jantung.

Dilaporkan, Jong-un berjaya menurunkan berat badan sekitar 19.9kg dalam masa tiga bulan sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.