Jenayah libatkan pelarian Rohingya meningkat di Bangladesh - Utusan Malaysia

Jenayah libatkan pelarian Rohingya meningkat di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Polis Bangladesh menggunakan dron untuk memantau aktiviti pelarian etnik Rohingya di beberapa kem di Cox’s Bazar.

Lapor Arab News, langkah itu diambil susulan peningkatan kes jenayah dalam kalangan pelarian sejak beberapa tahun lalu.

Berdasarkan data polis, sekurang-kurangnya 104 kes pembunuhan direkodkan di kem pelarian Rohingya dalam tempoh empat tahun lalu dan lebih 1,000 kes difailkan terhadap etnik itu termasuk penculikan, peras ugut, pengedaran dadah dan serangan seksual.

Jurucakap polis, Naimul Haque memberitahu, kes pelarian Rohingya diculik untuk mendapatkan wang tebusan paling banyak direkodkan ketika ini.

“Sesetengah kawasan kem tidak dapat diakses kenderaan pasukan keselamatan, jadi kami gunakan dron untuk pemantauan lebih teliti,” katanya.

Organisasi hak asasi manusia Bangladesh, SHUJAN turut mengambil serius mengenai kegiatan jenazah dalam kalangan pelarian Rohingya.

Katanya, golongan etnik minoriti itu juga dijadikan keldai dadah untuk menyeludup bahan terlarang itu ke Myanmar menerusi Bangladesh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya