Jangan terlalu berharap Omicron bakal akhiri pandemik Covid-19 - Utusan Malaysia

Jangan terlalu berharap Omicron bakal akhiri pandemik Covid-19

ORANG ramai memenuhi pantai Ipanema di Rio de Janeiro, Brazil ketika penularan Omicron terus meningkat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran adalah ‘bahaya untuk menganggap varian Omicron akan menjadi pencetus kepada pengakhiran pandemik Covid-19’.

Tedros Adhanom Ghebreyesus sebaliknya menegaskan, semua negara di seluruh dunia perlu kekal komited dalam mengurangkan penularan jangkitan dan barulah ‘impian menamatkan pandemik’ dapat dicapai.

“Adalah bahaya untuk kita berfikir dan menganggap Omicron bakal menjadi varian Covid-19 terakhir yang muncul dan pandemik pun berakhir.

“Di sebalik banyak pihak yang beranggapan demikian, tanpa kita sedari varian baharu Covid-19 boleh muncul tanpa kita sedari,” katanya.

Ghebreyesus menyatakan, biarpunn Omicron menyebabkan jumlah kes jangkitan dunia mencecah 350 juta, varian itu tidak menyebabkan komplikasi yang serius berbanding Delta, selain dibantu dengan pelaksanaan suntikan vaksinasi.

Beliau menasihatkan, pandemik Covid-19 sudah pun masuk tahun ketiga dan adalah penting untuk meneruskan langkah pencegahan bagi memastikan fasa kritikal dapat dilalui segera.

“Kita tidak boleh biarkan fasa kritikal ini berlangsung terlalu lama sebab banyak negara sudah penat, termasuk masyarakat,” ujarnya.

Sebelum itu, Ketua WHO Eropah, Hans Kluge menyatakan Omicron mungkin boleh menamatkan pandemik Covid-19 di benua itu memandangkan banyak penduduknya sudah dijangkiti Covid-19 dan membentuk imuniti kelompok.

Sementara itu, Ghebreyesus mengingatkan supaya kebanyakan negara memaksimumkan strategi dan peralatan keperluan seperti kit ujian serta vaksinasi sentiasa mencukup bagi menamatkan ‘kecemasan kesihatan global’ tahun ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.