TEL AVIV: Israel dijangka memberikan vaksinasi Covid-19 kepada golongan bayi dan kanak-kanak menjelang April ini.
Pengarah Kementerian Kesihatan Israel, Dr. Asher Shalmon berkata, vaksin Covid-19 sudah pun diberikan kepada kanak-kanak berusia lima tahun ke atas.
“Saya percaya, menjelang April ini, vaksin akan diberi kepada kanak-kanal berusia bawah lima tahun dan bayi enam bulan ke atas,” katanya seperti yang dilapor The Times of Israel.
Pengeluar vaksin Covid-19, Pfizer kini dalam proses melakukan ujian klinikal bagi menyesuaikan dos vaksin keluarannya untuk kegunaan kanak-kanak berusia bawah lima tahun dan bayi.
Pada bulan lalu, Pfizer memaklumkan, tiada sebarang kesan berbahaya ditemukan dan penggunaan vaksin itu dijamin selamat untuk golongan kanak-kanak.
Syarikat itu kini meneliti jumlah dos yang sesuai untuk diberikan kepada bayi dan kanak-kanak bawah usia lima tahun.
Dalam pada itu, penasihat Covid-19 Israel, Prof. Nadav Davidovitch berkata, negara haram ini sudah bersedia untuk melaksanakan vaksinasi bagi kumpulan bayi.
“Kanak-kanak tidak mempunyai gejala Covid-19 yang serius seperti orang dewasa, namun virus itu masih boleh menjejaskan imunisasi mereka, sekali gus menyebabkan badan lemah.
“Sehubungan itu, adalah penting untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak,” ujarnya.










