India lapor kes kematian pertama akibat varian Omicron - Utusan Malaysia

India lapor kes kematian pertama akibat varian Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India melaporkan kes kematian pertama akibat varian baharu Covid-19, Omicron.

Kes kematian itu membabitkan seorang lelaki berusia 74 tahun dari Rajasthan.

Lapor BBC, Setiausaha Bersama Kementerian Kesihatan, Lav Agarwal berkata, lelaki itu menghidap diabetes dan penyakit komorbid lain.

“Secara teknikal, kes kematian itu berkaitan varian Omicron.

“Mangsa merupakan warga emas yang menghidap kencing manis dan penyakit komorbid,” katanya dalam sidang akhbar harian.

Akhbar Indian Express melaporkan individu itu dimasukkan ke hospital di bandar Udaipur, Rajasthan pada 15 Disember tahun lalu.

Jelas laporan itu, mangsa disahkan meninggal dunia 15 hari kemudian.

Menurut doktor, lelaki itu sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 yang lengkap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya