Filem Hero dari Iran tercalon Oscar tahun ini - Utusan Malaysia

Filem Hero dari Iran tercalon Oscar tahun ini

ANTARA adegan dalam filem A Hero yang menampilkan pelakon Amir Jadidi (kanan). - CANNES FILM FESTIVAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FILEM pecah panggung atau dikenali dengan blockbuster merujuk kepada karya hiburan yang mengutip keuntungan tinggi melebihi perbelanjaan menerbitkan serta memasarkan sesebuah filem. 

Keadaan ini adakala boleh menjadi filem ‘pecah panggung’ yang menjadi pendapatan utama studio perfileman yang menghasilkan karya tersebut berbanding filem lain pada waktu sama. 

Disunting daripada laporan BBC menerusi segmen perfileman, berikut disenaraikan lima filem wajib tonton bagi tahun ini yang dijangka bakal pecah panggung di seluruh dunia. 

Judul : A Hero 

Tarikh tayangan: 7 Januari 2022

Sinopsis: Filem ini merupakan arahan pengarah filem terkenal Iran, Asghar Farhadi. Dua filem yang dihasilkan sutradara tersebut iaitu A Separation dan The Salesman masing-masing pernah memenangi Oscar bagi kategori filem asing terbaik. 

Malah, filem terbaharu kali ini turut tercalon bagi anugerah Oscar tahun ini. 

Asghar mengangkat watak lakonan yang akan mengupas mengenai pertembungan tradisi, moral, politik dan perubahan masyarakat di Iran hari ini.  

Judul: Belle 

Tarikh tayangan: 14 Januari 2022

Sinopsis: Filem animasi ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah menjadi penyanyi yang digemari di seluruh dunia selepas memasuki dunia maya yang hebat. 

Dia kemudian berusaha mencari identiti haiwan misteri yang melarikan diri daripada pengawal yang kejam. 

Filem yang diinspirasikan dari filem animasi Beauty and the Beast ini diarahkan oleh Mamoru Hosoda. 

Judul: The Batman 

Tarikh tayangan: 4 Mac 2022

Sinopsis: Filem kali ini berjudul The Batman dan bukannya Batman seperti sebelum ini. 

Jika anda fikir The Dark Knight adalah seorang individu yang murung, fikirkan semula. 

Matt Reeves yang menulis dan mengarahkan filem ini menjelaskan dia melihat versi ‘pejuang jenayah’ sebagai satu watak yang hidup menyendiri yang diilhamkan oleh penyanyi Amerika, Kurt Cobain termasuk sut kelawar yang usang.  

Dalam tahun kedua memerangi jenayah, Batman membongkar rasuah di Gotham City yang menghubungkan keluarganya sendiri semasa menghadapi pembunuh bersiri yang dikenali sebagai Riddler.

Judul: Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One) 

Tarikh tayangan seluruh dunia: 7 Oktober 2022 

Sinopsis: Filem paling berjaya dan terlaris 2021 ini merupakan judul filem adiwira paling inovatif pernah dihasilkan. 

Filem kali ini mempunyai dua bahagian yang sangat jarang berlaku dalam dunia filem animasi. 

Filem adiwira dalam bentuk animasi komputer ini akan menampilkan watak Komik Marvel, Miles Morales (Spider-Man). 

Filem ini diterbitkan oleh Columbia Pictures dan Sony Pictures Animation bersama Marvel.  

 Judul: Avatar 2

Tarikh tayangan: 16 Disember 2022

Sinopsis: Terdapat dua perkara yang kita tahu tentang James Cameron iaitu dia tidak boleh tergesa-gesa dan sukakan lautan. 

Karakter tersebut disatukan dalam Avatar 2, yang pertama daripada empat sekuel yang dirancang untuk tontonan pada 2009. 

Filem sebelum ini memecah rekod dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. 

Filem baharu ini kembali ke planet Pandora, apabila Neytiri (Zoe Saldana) berkulit biru dan suaminya yang merupakan seorang manusia, Jake (Sam Worthington) serta penduduk bumi masih belum berupaya menyelesaikan krisis iklim global. 

Kebanyakan aksi dalam filem ini berlaku di dalam air tangki yang diisi penuh 900,000 gelen. 

**tarikh dinyatakan merujuk tayangan di Amerika Syarikat 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya