Empat maut, 20 cedera 'diratah' piranha di Paraguay - Utusan Malaysia

Empat maut, 20 cedera ‘diratah’ piranha di Paraguay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARAGUAY: Seramai empat pengunjung maut dan 20 yang lain cedera selepas diserang ikan piranha di sebuah sungai yang terletak di selatan Asuncion.

Lapor Daily Star, seorang mangsa terbunuh yang berusia 22 tahun dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya ketika berada di sungai tersebut. 

Ahli keluarga kemudian menghubungi pihak polis dan proses pencarian selama 45 minit menemukan mayat lelaki itu dengan kesan gigitan teruk di bahagian wajahnya.  

Ujian forensik mengesahkan lelaki yang maut itu berkemungkinan besar diserang piranha dan binatang itu menyasarkan mukanya. 

Serangan ikan piranha yang mempunyai gigi yang sangat tajam menjadi begitu agresif sering dilaporkan di rantau ini. 

Sebelum ini, seorang lelaki berusia 49 tahun turut terbunuh dengan kesan gigitan di Sungai Paraguay di bandar Puerto Rosario. 

Dua individu lain turut dilaporkan terbunuh di Sungai Tebicuary, Villa Florida di Misiones. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.