LOBAMBA: Kerajaan Eswatini akan memusnahkan hampir 10,000 vaksin Covid-19 keluaran Johnson & Johnson (J&J) yang sudah tamat tarikh luputnya.
Perkara itu dinyatakan dalam laporan akhbar Swazi Observer.
Lapor BBC, Kementerian Kesihatan memaklumkan pihaknya masih mempunyai bekalan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca dan Pfizer.
Justeru, jelas kementerian, kempen vaksinasi negara akan diteruskan tanpa sebarang halangan.
Dilaporkan, bekalan vaksin J&J di negara itu sudah tamat tarikh luputnya pada Selasa lalu.
Jelas laporan akhbar itu, tempoh luput vaksin Pfizer sedia ada akan tamat pada minggu depan.
Tambah laporan itu, Eswatini menjangka menerima lebih banyak bekalan vaksin Covid-19. – AGENSI










