Blackberry tamatkan sokongan perisian - Utusan Malaysia

Blackberry tamatkan sokongan perisian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Syarikat BlackBerry secara rasmi menamatkan sokongan perisian bagi semua model telefon pintar keluaran terdahulu.

Ini bermakna semua model peranti klasik syarikat itu yang menggunakan sistem operasi BlackBerry OS atau BB10 OS tidak akan mempunyai sokongan perisian lagi.

Lapor Metro, BlackBerry memaklumkan perkhidmatan bagi telefon pintar itu telah ditamatkan pada 4 Januari lalu.

Jelas syarikat itu, semua peranti versi klasik kini tidak dapat berfungsi dengan baik lagi.  

Ia termasuk kehilangan fungsi untuk membuat panggilan, menghantar pesanan teks, menerima data mahupun panggilan perkhidmatan kecemasan.         

“Penamatan tawaran perkhidmatan dan infrastruktur ini juga akan menjejaskan beberapa fungsi lain.

“Bagaimanapun, ia tidak memberi kesan kepada BlackBerry Protect baharu yang mana merupakan penyelesaian keselamatan berasaskan teknologi AI,” jelas syarikat itu dalam kenyataan. 

Versi terakhir BlackBerry OS dikeluarkan pada tahun 2013.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya