Beberapa bahagian Arab Saudi rekod suhu bawah paras beku - Utusan Malaysia

Beberapa bahagian Arab Saudi rekod suhu bawah paras beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi berdepan gelombang sejuk dengan beberapa bahagian di wilayah utara negara itu dijangka mencatatkan suhu di bawah sifar.

Malah, suhu di ibu negara Riyadh pula bakal merekodkan satu darjah Celsius.

Lapor Arab News, sistem amaran awal dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) meramalkan penurunan suhu di bawah paras beku akan berterusan di bahagian wilayah utara sehingga hujung minggu ini.

NCM menerusi ramalan harian memaklumkan penurunan suhu akan berterusan di kebanyakan wilayah disertai dengan kabus, awan hujan, angin berdebu pada permukaan aktif mengurangkan jarak penglihatan mendatar di beberapa bahagian di Madinah, Riyadh dan wilayah Timur.

Ribut petir disertai dengan angin kuat dijangka juga berlaku di beberapa bahagian wilayah Jazan, Assir, Al-Baha dan Mekah.

NCM menerusi ciapan menyatakan suhu paling rendah dicatatkan di wilayah Turaif.

“Ia merekodkan suhu paling rendah sejak awal musim sejuk tahun ini dengan mencatatkan negatif enam darjah Celsius diikuti di Al-Qurayyat (-5 darjah Celsius) dan Arar (-4 darjah Celsius),” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN