Baitulmuqaddis, Masjid al-Aqsa diselaputi salji tebal - Utusan Malaysia

Baitulmuqaddis, Masjid al-Aqsa diselaputi salji tebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Salji tebal meliputi di kebanyakan kawasan di Baitulmuqaddis termasuk beberapa kawasan suci hari ini ketika ribut salji melanda Israel dan Palestin.

Fenomena itu dianggap luar biasa memandangkan Baitulmuqaddis terkenal dengan suhu panas.

Di beberapa kawasan, golongan kanak-kanak dilihat bermain salji dan Masjid al-Aqsa turut diseliputi salji tebal.

Jabatan Meteorologi Israel melaporkan, salji setebal antara 15 dan 25 sentimeter turun sejak semalam.

Selain itu, beberapa lebuh raya utama yang menghubungkan Baitulmuqaddis dari utara, selatan dan barat juga dilanda salji tebal sehingga menjejaskan laluan.

Sejumlah sekolah di Baitulmuqaddis dan utara Israel turut ditutup akibat keadaan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN