Asalnya mahu bertemu janji, sekali terkurung di rumah kerana 'lockdown' - Utusan Malaysia

Asalnya mahu bertemu janji, sekali terkurung di rumah kerana ‘lockdown’

WANG memuat naik kisahnya semasa perintah berkurung di Zhengzhou, dalam media sosial. - WEIBO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Seorang wanita tidak menyangka temu janjinya dengan seorang lelaki bertukar mimpi ngeri apabila dia terperangkap di rumah lelaki itu selama beberapa hari kerana perintah berkurung.

Lapor CNN, wanita berusia 30 tahun yang dikenali dengan Wang asalnya mempunyai janji temu makan malam 6 Januari lalu, di bandar Zhengzhou. 

“Saya sudah semakin tua dan keluarga saya cuba mengenalkan saya dengan 10 individu berbeza. 

“Individu kelima berhasrat mahu menunjukkan kemahiran memasak dan mengajak saya ke rumahnya untuk makan malam,” katanya. 

Zhengzhou sebelum itu merekodkan lebih 100 kes Covid-19 harian menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup semua urusan perniagaan tidak penting seperti salon kecantikan, makan di dalam restoran serta menangguhkan operasi perkhidmatan awam. 

Penduduk juga tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing tanpa urusan penting.

Wang berkata, semasa dia hendak pulang ke rumah selepas janji temu itu, dia mendapati seluruh kejiranan di situ sudah dikenakan perintah berkurung. 

Wanita itu memuat naik video dirinya terkurung di rumah tersebut sehingga menjadi tular dalam platform Weibo

“Semasa duduk di rumah lelaki itu, saya lihat dia memasak, mengemas rumah dan bekerja. 

“Walaupun masakan dia tidak sedap, tetapi dia masih sanggup menghabiskan masa di dapur. Jadi, saya rasa itu sangat bagus,” ujarnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.