Arca salji menyerupai bentuk malaikat maut? - Utusan Malaysia

Arca salji menyerupai bentuk malaikat maut?

BEN Tucci menemukan arca salji menyeramkan itu, 20 Januari lalu. - JAM PRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Seorang warga emas terkejut selepas menemukan dua arca salji berbentuk seram seperti Grim Reaper di halaman depan rumahnya di Kanada.

Lapor Daily Mail, Ben Tucci, 65, dari Ontario pertama kali menemukan dua arca salji menyeramkan itu,
20 Januari lalu.

Tucci menggelar arca salji yang muncul di halaman rumahnya sebagai Grim Reaper dan Jack Frost.

Menurut Tucci, dia percaya arca salji itu terbentuk apabila air di Tasik Erie membeku di atas tiang lampu jirannya.

“Saya percaya pembentukan arca ais yang luar biasa itu hanyalah fenomena alam semula jadi semata-mata.

“Saya rasa air tasik membeku di atas tiang lampu jiran sehingga membentuk arca yang menyerupai seperti malaikat maut itu di halaman depan rumah,” katanya.

Tucci memaklumkan anak perempuannya juga terkejut melihat gambar arca salji menyeramkan itu.

“Anak saya mendakwa pernah melihat dua arca itu ini dalam mimpinya ketika dia tinggal di kotej lama di
tepi tasik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya