Arab Saudi anjur konsert hiburan selama dua malam tanpa henti - Utusan Malaysia

Arab Saudi anjur konsert hiburan selama dua malam tanpa henti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Bandar Diriyah yang hanya terletak 10 kilometer di barat Riyadh bakal digegarkan dengan persembahan barisan artis antarabangsa sempena konsert hiburan tanpa henti selama dua malam di Diriyah E-Prix 2022.

Lapor Arab News, konsert tersebut bakal berlangsung pada 28 hingga 29 Januari depan.

Bandar Diriyah dipilih sebagai tuan rumah sempena pembukaan kejohanan dunia ABB FIA Formula E bagi musim kelapan.

Perlumbaan Formula E pada waktu malam akan disusuli dengan penganjuran konsert yang diuruskan oleh MDLBeast Presents.

Senarai penuh artis antarabangsa yang bakal menjayakan persembahan tersebut akan diumumkan kemudian.

Konsert yang dianjurkan sebelum ini pernah mengundang kumpulan muzik terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Black Eyed Peas, pemenang Anugerah Grammy, Maluma serta DJ sensasi, David Guetta.

Harga tiket dijual bermula 150 riyal (RM167) dan boleh ditempah di www.diriyah-eprix.com

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya