7 maut insiden letupan bas di Afghanistan - Utusan Malaysia

7 maut insiden letupan bas di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam satu letupan bom ke atas sebuah bas mini di kawasan didiami masyarakat minoriti Syiah di bandar Herat di barat Afghanistan.

Menurut pihak berkuasa, bom yang dilekatkan pada tangki minyak bas itu turut menyebabkan sembilan orang lagi cedera.

“Empat wanita antara tujuh mangsa yang maut,” kata ketua hospital wilayah Herat, Arif Jalali.

Insiden letupan itu disahkan oleh pejabat perisikan Herat.

“Laporan awal menunjukkan sebutir bom melekat pada tangki minyak kenderaan penumpang itu,” kata jurucakap pejabat, Sabit Harwi.

Polis wilayah Herat dan Jabatan Kebudayaan turut mengesahkan insiden letupan bom itu.

Setakat ini, tiada mana-mana kumpulan mengaku melakukan serangan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN