26 maut gempa bumi landa Afghanistan - Utusan Malaysia

26 maut gempa bumi landa Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HERAT: Seramai 26 orang terbunuh selepas gempa bumi 5.3 skala Richter melanda barat Afghanistan, semalam.

Jurucakap wilayah itu, Mohammad Sawary berkata, mangsa maut akibat dihempap bumbung rumah yang runtuh di daerah Qadis di wilayah barat Badghis.

“Seramai lima wanita dan empat kanak-kanak merupakan antara mangsa yang maut akibat bencana alam itu.

“Gegaran tersebut turut menyebabkan kerosakan di kawasan penduduk di daerah Muqr. Namun, angka kematian belum diketahui lagi,” katanya.

Qadis adalah antara kawasan paling teruk terjejas akibat kemarau dahsyat sebelum ini dan pernah mendapat bantuan antarabangsa dalam tempoh 20 tahun lalu.

Afghanistan sering dilanda gempa bumi terutamanya di banjaran gunung Hindu Kush yang terletak berhampiran persimpangan Eurasia dan India.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN