Zionis tahan remaja perempuan Palestin yang didakwa tikam wanita Yahudi - Utusan Malaysia

Zionis tahan remaja perempuan Palestin yang didakwa tikam wanita Yahudi

PASUKAN keselamatan Israel berkawal di kawasan sekolah tempat remaja Palestin itu ditahan selepas didakwa menikam penduduk Yahudi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Seorang remaja perempuan Palestin berusia 14 tahun ditahan pihak berkuasa Israel selepas didakwa menikam seorang wanita Yahudi sambil disaksikan anak-anaknya dalam satu kejadian di Sheikh Jarrah.

Wanita Yahudi yang ditikam itu, Moria Cohen hanya mengalami luka ringan dan dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan di hospital.

Jelas wanita itu, dia dan remaja perempuan itu merupakan jiran dan ketika kejadian, dia sedang berehat bersama dua anak kecilnya di atas sofa.

“Dia berada di luar rumah dan saya ingatkan dia menunggu rakan untuk ke sekolah.

“Tiba-tiba dia meluru ke arah saya dan menikam belakang saya,” katanya.

Menurut polis Israel, remaja perempuan itu ditahan di sekolah dan beberapa wanita yang didakwa rapat dengannya turut ditahan bagi membantu siasatan.

Keluarga remaja perempuan itu merupakan antara yang bakal berdepan pengusiran dari Sheikh Jarrah selepas penduduk Yahudi mendakwa tanah di kejiran itu adalah milik mereka.

Beberapa jam selepas insiden itu berlaku, kira-kira 40 penduduk Yahudi berarak sambil membawa bendera Israel.

Mereka melaungkan slogan hukuman mati perlu dikenakan terhadap remaja perempuan tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN