Wajah mirip banduan, lelaki ditahan polis 5 kali dalam 3 hari - Utusan Malaysia

Wajah mirip banduan, lelaki ditahan polis 5 kali dalam 3 hari

LELAKI yang memakai jaket biru menjadi sasaran orang ramai kerana memiliki wajah seiras banduan, Zhu Xianjian. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki di China terpaksa melalui kesukaran dalam hidupnya selepas ditahan polis sebanyak lima kali dalam tempoh tiga hari hanya kerana wajahnya mirip seorang banduan yang melarikan diri.

Seorang penjenayah dikenali sebagai Zhu Xianjian berjaya melarikan diri dari sebuah penjara di wilayah Jilin, Timur Laut China pada Oktober lalu.

Ekoran itu, pihak berkuasa menawarkan ganjaran sebanyak 700,000 yuan (RM465,054) untuk sebarang maklumat berkaitan keberadaan banduan tersebut yang membawa kepada penahanan. 

Global Times melaporkan kisah lelaki dari bandar Baicheng itu yang ditahan polis sebanyak lima kali hanya kerana wajahnya seiras dengan Xianjian.

Satu rakaman video memaparkan wajah lelaki berkenaan yang memakai jaket berwarna biru dengan gambar Xianjian di penjara. 

Tidak dapat dinafikan, wajah kedua-dua individu itu kelihatan hampir serupa.   

Gambar Xianjian dan ganjaran wang tunai ditawarkan oleh pihak berkuasa menjadi tajuk utama berita di stesen televisyen seluruh wilayah Jilin sehingga lelaki itu menjadi tumpuan orang ramai.

Bagaimanapun, semuanya berakhir apabila polis berjaya menahan Xianjian pada 28 November lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.