PARIS: Disember tahun ini menyaksikan genap setahun dunia melancarkan program vaksinasi menentang penularan Covid-19 yang setakat ini sudah menjejaskan hampir kebanyakan negara di seluruh dunia.
Sejak setahun lalu, sebanyak 55 peratus populasi dunia iaitu 4.3 bilion penduduk sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.
Sekurang-kurangnya 44 peratus atau 3.4 bilion sudah lengkap vaksinasi dan secara keseluruhan, sebanyak 8.1 bilion dos suntikan sudah diberikan di seluruh dunia.
Selain AstraZeneca dan Pfizer, vaksin keluaran Johnson & Johnson, Moderna, Sinopharm, Sinovac dan Sputnik V turut digunakan di kebanyakan negara dalam program vaksinasi yang dijalankan.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendahului semua negara dalam program vaksin dengan sembilan dari 10 penduduknya sudah lengkap vaksinasi
Kedudukan itu diikuti oleh Portugal (87 peratus), Singapura (86 peratus), Qatar (85 peratus), Chile dan Malta (84 peratus), Cuba (81 peratus), Korea Selatan dan Kemboja (80 peratus).
Burundi dan Republik Demokratik Congo menjadi dua negara paling sedikit melaksanakan vaksinasi, manakala Eritrea dan Korea Utara langsung tidak melakukan vaksinasi terhadap penduduknya. – AFP